Hampir kesemua pemain Sarawak FA hadir untuk berbuka puasa bersama peminat dan jurulatih Sarawak FA petang tadi di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).
Majlis yang turut dihadiri oleh Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Datu Sudarsono, turut dihadiri peminat dan beberapa wartawan terpilih.
Selain daripada berbuka puasa, peminat yang hadir di jamuan bufet Ramadhan BCCK turut berkesempatan bergambar bersama idola mereka , dan juga trofi Liga Perdana yang dimenangi pasukan Ngap Sayot.
Sebelum majlis berakhir, Datu Sudarsono kelihatan mengagihkan satu sampul berupa ‘duit raya’ kepada pemain yang turut juga menerima satu stiker kereta ‘Ngap Sayot’ dari pihak Sarawak Crocs.
Gambar oleh ERAfm KCH