Kuching FA semakin hampir menambat pemain import ketiga dengan pemain tersebut hampir pasti menjadi pemain Kuching FA apabila tiba di Kuching minggu depan.
Laporan Utusan Borneo menyebut bahawa Leonardo Passos Alves, akan tiba di Kuching pada Isnin ini.
Kuching FA didakwa sudah bersetuju secara tidak rasmi untuk menambat pemain dari Brazil itu dakwa laporan Utusan Borneo.
Sungguhpun demikian, penyertaan Leonardo ke skuad Kuching akan bergantung kepada dokumentasi dan pemeriksaan kesihatan yang perlu beliau jalani.
Cara Kuching FA mengikat Leonardo kami lihat seperti kelab-kelab profesional Eropah yang mana pemain tersebut dikenalpasti kebolehnanya sebelum mereka diikat oleh kelab tersebut.
Carian kami (jika betul carian kami) mendapati bahawa Leonardo belum pernah bermain dengan kelab bolasepak Asia Tenggara, dan beliau biasanya bermain untuk kelab-kelab di negara Arab.
Kelab terakhir beliau adalah Kelab Bolasepak Al-Safa yang bertapak di Saudi Arabia.
Beliau yang berketinggian 1.81m pernah bermain di Ukraine, Kuwait, Israel dan negara kelahirannya, Brazil.
Berdasarkan video Youtube dibawah, Leonardo dilihat gemar membuat cubaan ke arah gol dan ini sangat sesuai dengan perwatakan beliau selaku penyerang.
Leonardo dinilai pada harga €450 ribu (RM2 juta) mengikut transfermarkt.com.