Pemain baharu Kuching City tercabar dengan tahap kecergasan Ramesh Lai

Pemain baharu Kuching City, Mohd Hidhir Idris, mengakui dirinya tercabar dengan kecergasan pemain veteran kelab tersebut, Ramesh Lai.

Ramesh, yang sudah berumur 41 tahun, dilihat masih mempunyai tahap kecergasan tinggi kata Hidhir.

Selain kagum dengan Ramesh, Hidhir juga menyatakan bahawa beliau amat senang dengan keharmonian di dalam kelab Kuching City.

Malah, pemain berusia 26 tahun itu kagum dengan kesungguhan pemain The Cats yang disifatkannya luar biasa dan begitu profesional.

“Ada beberapa perkara yang buat saya kagum di sini ialah pemain-pemain Kuching begitu bersemangat tiap kali melakukan latihan terutama senior seperti Ramesh Lai dan Joseph Kalang Tie.” kata Hidhir kepada media MFL.

“Saya terkejut melihat kecergasan Ramesh terutamanya yang begitu tinggi walaupun sudah berumur 41 tahun, malah saya sendiri rasa tercabar dengan diri sendiri.

“Malah suasana dalam pasukan begitu harmoni dan saya amat selesa di sini kerana rakan-rakan begitu banyak membantu walaupun ini pengalaman kali pertama tinggal di Kuching, ” katanya lagi.

Hidhir adalah pemain sayap terbaharu Kuching City yang baru disahkan akan bersama The Cats bagi musim 2022.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top