Selepas terpaksa mengalah kepada Limbang FA akibat kebanyakan pemainnya terpaksa bertugas pada 31 Disember lalu, kini peluang Kapit FA menyelinap ke peringkat LBR Kebangsaan terbuka sekiranya berjaya mengalahkan Serian FA dengan kelebihan tiga gol.
Menurut Presiden Kapit FA, Kennedy Kuyang, pemain Kapit FA sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik ketika perlawanan petang ini namun mengakui pasukan LBR Serian FA juga cukup hebat.
Kennedy dalam pada itu menyifatkan bahawa pasukan Kapit sudah mencapat matlamat musim ini dengan memasuki peringkat play-off, namun jika mereka (Kapit) berjaya ke peringkat LBR Kebangsaan, ianya adalah satu bonus besar.
Beliau juga menambah bahawa Kapit dan Serian tidak pernah berjumpa sebelum ini, dan nasib juga akan memainkan peranan ketika perlawanan petang ini kelak.
Serian FA merupakan pendatang baharu LBR, namun pasukan yang berpangkalan di Stadium Mini Serian itu bukanlah calang-calang pasukan selepas mereke menjuarai Kumpulan I LBR Zon Borneo II, di atas juara bertahan Kuching FA.
Sepak mula perlawanan petang ini adalah pada jam 4PM di Stadium Mini Kapit. Bagi yang ingin menyaksikan perlawanan penting iniasuk adalah percuma.