Pasukan Liga Malaysia akan menerima geran yang dijanjikan Malaysia Football League (MFL tidak lama lagi.
Menurut MFL, dengan kemasukan Enervive sebagai rakan kongsi baharu, Liga Malaysia bakal menyaksikan setiap pasukan bertanding di Liga Malaysia menerima hak penyiaran sama seperti musim lalu bagi musim 2019.
Jumlah hak penyiaran yang diperuntukan oleh MFL adalah sebanyak RM3 juta bagi pasukan Liga Super dan RM1 juta bagi pasukan Liga Premier.
Adalah dimaklumkan bahawa wang hak penyiaran tersebut akan diberikan MFL kepada pasukan Liga Malaysia sebelum 15 Julai depan.
Pembayaran hak penyiaran akan dibuat sebanyak dua kali di mana pembayaran pertama bermula pada bulan ini disusuli pembayaran akhir pada 15 Ogos depan.
Sarawak FA yang bermain di dalam Liga Premier dijangka turut akan mendapat sebahagian daripada hak penyiaran yang dijanjikan oleh MFL.