Papan iklan digital bakal digunakan di Stadium Negeri 

Timbalan Presiden FAS semalam telah mengumumkan bahawa papan iklan digital bakal digunakan di Stadium Negeri bermula pada musim ini.

Ini akan menyaksikan Sarawak mempunyai kaedah pengiklanan semasa perlawanan yang setaraf dengan pasukan seperti Manchester United, Liverpool dan Arsenal.

Penggunaan papan digital itu juga dilihat sebagai langkah yang baik dalam dalam menyediakan medium pengiklanan di Stadium Negeri.

Timbalan Presiden juga turut mengajak syarikat- syarikat luar yang berminat untuk mengiklankan jenama dan produk mereka di Stadium Negeri sebagai usaha untuk meningkatkan pendapatan Persatuan Bolasepak Sarawak.

Pengumuman tersebut dibuat semasa majlis pelancaran jersi baharu dan pengenalan pemain yang telah berlansung di sebuah pusat membeli belah semalam.

Sebelum ini, papan iklan semasa perlawanan Sarawak FA hanya berbentuk tradisional.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top