Pahang FA diundi sebagai pilihan utama yang akan merangkul kejuaraan Piala Malaysia musim 2015.
Menurut satu survey yang dijalankan pihak FootballSentral.com di twitter kami @footballsentral, Pahang unggul sebagai pilihan utama peminat bolasepak Malaysia apabila 44 peratus daripada 969 peminat bolasepak tanahair mengundi pasukan Tok Gajah itu akan memenangi Piala Malaysia musim ini.
Pasukan Red Giants yang kini gah melaungkan misi 33, sekadar hanya berjaya mendapatkan 24 peratus undi, manakala pasukan Liga Premier Kedah FA dilihat mendapat 20 peratus undi.
Satu-satunya pasukan kelab dalam saingan Separuh Akhir Piala Malaysia, Felda United hanya mendapat 12 peratus daripada undi peminat.
Piala Malaysia akan meneruskan saingannya malam ini dengan Pahang bertemu Selangor dan Felda bertemu Kedah.