“Padang Stadium Negeri teruk!” – RA

Jurulatih Sarawak sekali lagi menegaskan bahawa keadaan padang Stadium Negeri sangat teruk dan harus diselenggara oleh pihak berwajib.

Tambah jurulatih dari Belanda itu, Persatuan Bolasepak Negeri Sarawak (FAS) tidak ada kuasa untuk menyelenggara padang stadium tersebut kerana stadium tersebut bukan dimiliki oleh pihak FAS.

Beliau menambah bahawa faktor cuaca tidak boleh dijadikan alasan padang tersebut teruk dan tidak dapat diselenggara kerana cuaca lebih teruk juga di dapati di Eropah, yang mana padang mereka, walaupun pada musim sejuk, masih dalam keadaan baik.

Dalam pada itu, Robert juga menegaskan bahawa Sarawak dan Pahang telah cuba menghasilkan permainan berkualiti pada Sabtu lalu, namun keadaan padang yang teruk menyukarkan hal ini dari berlaku.

Hal kerosakan padang di Stadium Negeri telah pernah disuarakan seorang peminat Sarawak kepada kami, dan juga disuarakan Robert Albert di media massa seminggu yang lalu.

Sarawak sekadar seri ketika menentang Pahang Sabtu lalu dalam perlawanan Liga Super ketiga setakat ini.

Sumber: NST

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top