Akibat hujan yang tidak henti-henti, keadaan padang Stadium Negeri dijangka teruk terjejas menjelang aksi sulung Sarawak menentang Terengganu Sabtu ini.
Menurut statistik penjadualan, Stadium Negeri digunapakai tiga kali dalam minggu ini sahaja kerana ianya turut digunakan untuk perlawanan Piala Belia, Piala Presiden dan skuad Liga Super Sarawak.
Seorang peminat bolasepak Sarawak yang menghubungi SarawakCrocs.com dalam pada itu melahirkan kekecewaan beliau terhadap sikap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang tidak mempertimbangkan kadar penggunaan padang Stadium Negeri yang bakal terjejas akibat sering kali digunakan.
Menurutnya, suasana hujan hanya akan memburukkan lagi padang tersebut dan pihak FAM harus berusaha memastikan jadual yang dibuat memberi masa untuk padang kembali pulih.
Untuk rekod, padang Stadium Negeri telah digunakan bermula Ahad lalu, Rabu lalu, dan bakal digunakan lagi Sabtu ini, dan Ahad ini, kesemuanya untuk perlawanan penting bolasepak.