Hassan Mohammad (gambar), pemain Lebanon yang dikatakan oleh Robert Alberts akan pulih sebelum sepak mula Piala malaysia kini telah disahkan tidak akan beraksi untuk Sarawak pada pertandingan berprestij berkenaan.
Menurut Robert, Hassan malahan tidak berupaya untuk turun berlatih bersama skuad Bujang Senang walaupun telah diberikan suntikan perubatan.
Robert yang jelas kecewa dengan kehilangan Hassan juga mengumumkan bahawa Muamer Salibasic mungkin boleh beraksi pada peringkat Suku Akhir pertandingan sekiranya Sarawak berjaya mara ke peringkat tersebut.
Muamer sebelum ini dikatakan tidak dapat beraksi pada pertandingan tersebut oleh jurulatih Belanda tersebut, manakala Hassan dikatakan telah pulih dan bersedia untuk beraksi.
Kenyataan berbeza Robert agak membinggungkan kami ni SarawakCrocs.com, namun kita hanya perlu menunggu dua hari lagi untuk melihat siapa yang bakal Robert senaraikan di dalam pasukannya.
Sumber: New Sarawak Tribune