Mengapa pasukan bola sepak Belanda guna baju oren

Para peminat bola mungkin tertanya tanya mengapa pasukan bola sepak kebangsaan Belanda memakai  atau guna baju berwarna oren walaupun warna ini tidak terdapat dalam bendera negara mereka.

Pasukan yang terkenal dengan gaya “total football” mereka telah memikat imaginasi jurulatih di seluruh dunia sejak 1905, dan kesannya masih sangat ketara dalam permainan hari ini dimana pasukan tersebut sering menjadi pasukan pilihan di mana-mana kejohanan besar bola sepak.

Kebiasaan warna jersey pasukan bola sepak 

Jika diperhatikan, pasukan bola sepak sesebuah negara secara umumnya akan cuba sehabisan untuk menggunakan kit atau jersi yang melambangkan warna bendera negara mereka.

Ini dapat dilihat pada kit jersi England yang mana menekankan warna merah dan putih.

Di Asia Tenggara, kebanyakan pasukan akan cuba menggunakan salah satu daripada warna utama pada bendera mereka sebagai warna utama, seperti pasukan Malaysia dengan warna kuning, pasukan Vietnam dengan warna merah, dan pasukan Thailand dengan warna biru.

Sungguhpun demikian, perbezaan jersi atau kit pasukan bola sepak Belanda dengan bendera mereka adalah agak ketara.

Ini adalah kerana warna bendera Belanda terdiri daripada merah, putih, dan biru, tanpa sebarang warna oren.

Jadi mengapa Belanda guna oren?

Belanda mempunyai kit dan lambang yang berwarna oren kerana warna ini melambangkan House of Orange yang merupakan warna bagi keluarga diraja Belanda.

Gelaran “Prince of Orange” dianggap sebagai pujian di negara ini dan penggunaan warna oren tidak hanya tertakluk kepada pasukan bola sepak negara tersebut.

Malaham, pasukan hoki dan ragbi Belanda juga memakai warna yang sama, dan begitu juga beberapa pasukan sukan lain.

Sebagai maklumat tambahan, gelaran pasukan bola sepak mereka adalah “Oranje” yang juga bermaksud Oren.

Dalam pada itu, penggunaan warna oren adalah sebagai tanda kesetiaan dan sebagai tanda taat setia kepada keluarga diraja Belanda.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top