Sarawak FA tidak menurunkan barisan terkuatnya apabila menang ke atas Kuantan FA kelmarin.
Ini berikutan masalah pendaftaran pemain baharu, yang mana menyaksikan beberapa pemain utama tidak dapat diturunkan.
Adalah difahamkan antara pemain yang terlibat di dalam masalah tersebut adalah pemain tengah Benedict Martin, dan pemain import pertahanan Sarawak FA, Kim Chi-Gon.
Menurut maklumat yang diperolehi kami, komisioner perlawanan telah menghalang pemain yang mempunyai masalah pendaftaran untuk diturunkan, menyaksikan perlawanan ditunda selama 15 minit kelmarin.
Sarawak FA walaubagaimanapun dijangka akan menyelesaikan masalah tersebut dan akan menurunkan barisan terbaik mereka menentang Terengganu FC II Isnin ini.