Football Malaysia Limited Liability Partnership (Football Malaysia FMLLP) hari ini mengumumkan pelantikan Media Prima sebagai penyiar stesen televisyen percuma untuk kejohanan bola sepak liga dan piala utama negara mulai tiga tahun daripada 2016 hingga 2018.
Media Prima akan memulakan liputan menyeluruh mereka pada 13 Februari dengan dua perlawanan secara langsung pada 9 malam, yakni perlawanan Piala Sumbangsih di antara juara Liga Super, Johor Darul Takzim dan juara Piala Malaysia Selangor, yang akan disiarkan di TV3, manakala perlawanan Liga Super, Perak menentang Kelantan bolehakan disiarkan di TV9.
Peminat bola sepak boleh menonton sehingga tiga perlawanan seminggu termasuk liputan penuh musim Liga Malaysia di platform televisyen dan simulcast online, Tonton.
Perjanjian ini termasuk liputan siaran langsung atau tertunda bagi perlawanan Liga Super Malaysia (dua perlawanan setiap pusingan) dan Piala FA Superbest Power (satu perlawanan setiap pusingan) mulai Februari hingga Mei 2016.
Media Prima akan menyiarkan satu perlawanan setiap pusingan Piala Malaysia TM pada sepak mula Julai 2016.
Selain itu, TV9 juga akan melancarkan rancangan rangkuman bola sepak mingguannya, ‘Scoreboard Extra Time’ bagi membincangakan hal Liga Malaysia.