Penolong jurulatih Sarawak FA, Denny Da’ ail menyangkal dakwaan bahawa pemain beliau tidak beraksi sepenuh hati kerana masalah gaji.
Beliau dilaporkan berkata demikian oleh akhbar Utusan Borneo.
Denny yang juga tidak menafikan, atau mengiyakan samada wujud masalah tunggakan gaji dalam pasukan Sarawak dipetik akhbar tersebut sebagai berkata pemain bimbingannya telah bermain sepenuh hati.
Denny juga mengakui bahawa pemainnya telah bermain dengan baik pada perlawanan menentang Kelantan FA Selasa lalu.
Menurut Denny pemain telah memberikan yang terbaik pada perlawanan tersebut.
Dalam perkembangan sama, Denny juga mengakui bahawa pasukan Sarawak FA telah turun menentang Kelantan dengan pemain -pemain muda dan beliau belum lagi mahu mengaku kalah dalam perebutan slot ke pusingan separuh akhir Challenge Cup 2019.
Denny berkata bahawa peluang masih terbuka untuk Sarawak merebut slot ke separuh akhir.
Sarawak akan kembali bertemu Kelantan FA pada 27 Ogos ini pada pusingan kedua Kumpulan A Challenge Cup.
Kekalahan pada perlawanan itu kelak akan menamatkan cabaran Sarawak di Challenge Cup 2019, manakala kemenangan akan membuka ruang dan peluang untuk Sarawak ke pusingan separuh akhir.