Pemain pertahanan berdarah kacukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Junior Eldstal dibawa ke hospital hari ini selepas beliau tidak sedarkan diri selepas bertembung dengan rakan sepasukan Gary Steven Robbat di dalam sesi latihan pasukannya hari ini.
Junior yang pernah bermain untuk pasukan Sarawak FA sebelum berhijrah ke JDT, baru sahaja pulih dari kecederaan panjang dan telah berharap akan kembali bermain bolasepak secara aktif apabila pulih.
Selain daripada pengsan, Junior dikatakan telah patah hidung akibat pertembungan tersebut, dan dijangka tidak akan beraksi apabila JDT menentang PDRM 2 April ini.
Junior dalam pada itu menyatakan beliau kecewa dengan perkembangan terbaru kesihatan dirinya, namun menegaskan bahawa kecederaan kali ini tidak serius, dan beliau berharap dapat kembali berlatih secepat mungkin agar boleh membantu pasukan JDT di dalam saingan Liga Super.