Malaysia telah melahirkan hasrat ingin menjadi tuan rumah Piala AFF Suzuki 2016 selepas Filipina mengumumkan penarikan dirinya sebagai tuan rumah bersama dengan Myanmar.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Pemangku presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah yang mengesahkan FAM secara rasmi telah memohon untuk menjadi tuan rumah Piala AFF Suzuki 2016.
Hasrat Malaysia walaubagaimanapun mendapat saingan sengit apabila Vietnam dan Singapura turut menawarkan diri sebagai penganti Filipina.
Keputusan dijangka akan diketahui pada 12 Mac ini selepas Mesyuarat Majlis Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF).