Juara bertahan Liga Super, Johor Darul’s Ta’zim telah mengumumkan kelab tersebut telah mencapai kata sepakat dengan Malaysia Airlines Berhad (MAB) dengan syarikat penerbangan tersebut bersetuju untuk bekerjasama dengan syarikat penerbangan yang mempunyai lebih 1,000 destinasi itu.
Menurut kenyataan media yang dihantar kepada SarawakCrocs, Malaysia Airlines akan menjadi syarikat penerbangan rasmi Southern Tigers dengan syarikat tersebut menerbangkan pemain serta pegawai kelab tersebut ke perlawanannya di dalam Malaysia dan serata dunia.
Selain daripada itu, Malaysia Airlines juga akan bersama – sama JDT menaikkan nilai jenama masing – masing melalui penjualan barangan rasmi dan banyak lagi.
Memorandum persefahaman (MoU) antara JDT dan Malaysia Airlines telah ditandatangani oleh pemilaik JDT, HRH Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail di ibu pejabat JDT.