Maksimum 2,500 peminat boleh menonton Liga Malaysia di dalam stadium

Sukan bola sepak hari ini mendapat berita gembira apabila kerajaan telah bersetuju membenarkan penonton masuk ke stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Malaysia dengan SOP yang ketat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidangmedia hariannya menyatakan bahawa dua perlawanan Liga Malaysia akan digunapakai sebagai ‘medan ujian’ percubaan pematuhan SOP itu pada 1 April kelak.

Menurut SIsmail Sabri, jumlah penonton yang dibenarkan di dalam stadium alah mengikut zon dan jenis perintah pergerakan yang dibenarkan.

Negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh membenarkan sekitar 2,000 penonton masuk ke stadium untuk menyaksikan perlawanan, manakala negeri bawah PKP Pemulihan (PKPP) boleh mebenarkan seramai 2,500 orang.

“Dalam mesyuarat Selasa lalu, kita mendengar pembentangan dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mohon dibenarkan kemasukan penonton ke stadium beserta dengan SOPnya.” kata Ismail Sabri dalam sidang media hariannya.

“Setelah mendengar dan mendapat persetujuan Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan bersetuju membenarkan kehadiran 10 peratus penonton ke stadium dengan SOP seperti kawasan PKPB 2,000 orang dan kawasan PKPP seramai 2,500 orang.

“SOP ini dengan penyeliaan dan pengawalan sepanjang masa, seperti ketika penonton masuk dan keluar dari stadium,” katanya lagi.

Ismail Sabri turut menyatakan bahawa penjualan tiket akan dilaksanakan secara dalam taian dan jualan sekitar stadium akan dihadkan.

Peminat bola sepak sebelum ini tidak dibenarkan menyaksikan pertandingan bola sepak di stadium ekoran penularan Covid-19.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top