Mahu balik Kuching

Dua pasukan Liga Malaysia dari Sarawak, yakni Kuching City dan Sarawak United mahu memindahkan kembali gelanggang utamanya ke Kuching sekiranya keadaan mengizinkan.

Menurut laporan akhbar termpatan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuching City Iswandi Ali Hassan, kelabnya menyimpan hasrat untuk membawa kembali pasukan Kuching City ke Kuching jika keadaan mengizinkan.

Sungguhpun demikian, Iswandi mengakui kelabnya akan terus kekal di Stadium Bandaraya Pasir Gudang, Johor Bahru sebagai gelanggang utama sehingga keputusan baharu tercapai oleh pihak pengurusannya.

// PROMOSI JERSI BASIKAL DAN JERSI BOLASEPAK

Dalam perkembangan sama, Sarawak United juga kin melihat ke aras prospek memindahkan semula ‘markas’ mereka kembali ke Kuching.

Pemilik kelab tersebut, Posa Majais, memberitahu akhbar tempatan bahawa pemindahan kembali ke Kuching akan bergantung dengan status kelayakan pasukan Kenyalang Emas dalam Piala Malaysia.

Posa dipetik akhbar tempatan sebagai berkata jika Sarawak United berjaya ke suku akhir, berkemungkinan besar Sarawak United akan kembali beraksi di Kuching.

Sarawak United kini di landasan baik untuk ke suku akhir selepas memenangi semua perlawanan peringkat Kumpulan A Piala Malaysia setakat ini.

SV1, SV2

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top