MACC: Tiada bukti rasuah di dalam ‘pendrive’ TMJ

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) telah memaklumkan bahawa mereka tidak menemui sebarang bukti rasuah di dalam ‘pendrive’ yang diserahkan kepada mereka oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Pendrive tersebut telah terdahulu diserahkan kepada Khairy oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pendrive yang mengandungi dokumen 279 muka surat tersebut, dikatakan mengandungi maklumat dan bukti berkenaan rasuah dan penyelewengan yang berlaku di dalam badan induk bolasepak Malaysia, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Kenyataan MACC yang terkini ini walaubagaimanapun menyangkal dakwaan demikian, sekaligus sudah pasti memberi satu kelegaan kepada FAM.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top