Peminat bola sepak Sarawak hari ini telah menghantar design logo Sarawak United yang bagi mereka menarik.
Mengikut kebanyakan mereka, logo Sarawak United yang mereka design bukanlah untuk mengetepikan kehebatan logo Sarawak United yang baharu, tetapi adalah lebih kepada suka-suka.
Malahan, ramai daripada mereka mengakui, logo Sarawak United yang direka khas oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) itu tiada taranya, dan mungkin merupakan logo terbaik untuk pasukan bola sepak di Malaysia.
Dalam pada itu, di sini kami siarkan semua logo yang telah dihantar kepada kami untuk tatapan anda. Koleksi logo ini kami paparkan memandangna kami menerima banyak rekaan logo, dan kami merasakan sayang jika ianya tidak ditunjukkan.
Diharapkan anda boleh melihat logo-logo rekaan ‘indie’ ini dengan hati terbuka kerana logo-logo ini tidak akan menggantikan logo rasmi Sarawak United yang sememangnya amat cantik dan menepati pasukan yang diwakilinya.
Kita mulakan dengan logo yang kami design sendiri. Ianya dibuat dalam lima minit dan kami bias mengatakan bahawa logo ini cantik. Sebenarnya ada dua versi logo ini, dengan satu lagi dibuat dalam warna rasmi SarawakCrocs yakni putih, hitam dan merah.
Logo seterusnya datang dari Nas Nasrul. Kami suka akan representasi yang ada di dalam logo ini. Nampak menarik dan berkualiti. Sekali imbas, seperti logo pasukan Jerman, tapi ianya sememangnya menarik.
Seorang perminat bolasepak bernama RSSI juga ada menghantar logo kepada kami. Enam rekaan beliau tonjolkan di bawah. Kami suka rekaan ke-4 yang bagi kami sangan simple tapi mempunyai makna yang banyak.
Rekaan seterusnya hampir sama dengan logo Sarawak United yang rasmi, namun bagi kami ianya menarik sebab kelainan pada logo baharu ini terserlah. Direka Awang Mulana, anda boleh menghubungi dia secara terus di nombor telefon yang beliau masukkan ke dalam grafik di bawah.
Pereka graphic Myotinho Erasmus Pereira pula menghantar lebih 10 rekaan untuk dipamerkan seperti dibawah.
Rafael Jiram pula menghantar logo yang agak berlainan tetapi tidak kurang unik kepada kami seperti yang anda lihat dibawah.
Logo Sarawak United ciptaan Awangku Hamizan pula agak lain tetapi unik, seiras logo masa depan. Ianya adalah seperti dibawah.
Tidak ketinggalan Alister Thierry, yang menghantar logo yang juga ada peta Sarawak. Logo ciptaan beliau anda boleh lihat dibawah.
Sesungguhnya, memang banyak lagi logo yang dicipta bagi mewakili Sarawak United, namun semuanya tidak dapat menandingi kehebatan logo Sarawak United yang rasmi.
Apapun, diharapkan pasukan Sarawak United kelak akan juga bermain secantik logo yang mereka wakili.