Kelab Bolasepak Liga Perdana Inggeris, Liverpool FC pagi tadi mengesahkan tempat di perlawanan akhir Liga Europa selepas gah menewaskan Villarreal 3-0 di Anfield.
Walaupun tewas 1-0 pada aksi perlawanan pertama pada 29 April lalu, anak buah Jurgen Klopp bermain cemerlang di dalam perlawanan timbal balik di Anfield dengan menghasilkan jaringan melalui Daniel Sturridge, Adam Lallana dan satu gol sendiri oleh pemain Villareal, Bruno Soriano.
Klopp yang ditemui selepas perlawanan nyata gembira dan berpuas hati dengan persembahan pemainnya sambil menyifatkan persembahan babak pertama pasukannya sebagi ‘sangat baik’.
Kemenangan Liverpool bermana mereka akan bertembung dengan Sevilla yang menewaskan Shakhtar Donetsk 3-1. Sevilla mara dengan aggregat 5-3.