Sevilla bangkit pada separuh masa kedua untuk menewaskan pasukan Liga Perdana Inggeris, Liverpool di dalam perlawanan akhir Liga Europa awal pagi tadi.
Pada babak pertama, Liverpool meletakkan diri di hadapan pada minit ke-35 melalui sepakan cantik Daniel Sturridge yang terus meletakkan pasukan Liga Perdana Inggeris mendahului sehingga tamatnya babak pertama.
Bermula babak kedua, Sevilla terus mengikat kedudukan dengan jaringan Kevin Gameiro, sebelum Coke meletakkan pasukan dari Sepanyol itu di hadapan dengan gol pada minit ke-64 selepas mengelecek cantik bola hasil hantaran Banega.
Coke sekali lagi menambah derita Liverpool apabila dia meledakkan gol terakhir perlawanan pada minit ke-70, sekaligus memastikan Liverpool pulang ke England kecewa, dan Sevilla gembira dengan Piala Liga Europa di dalam dakapan.