Kejohanan Limbang Super League perlawanan minggu kelima menyaksikan Tiger FC gah di persada liga setelah mengalahkan LBA 3-2.
Keputusan tersebut menyaksikan Tiger FC unggul di persada liga dengan 12 mata, diekori pasukan ABC Club dengan 10 mata, dengan kedua-dua pasukan memiliki satu perlawanan lagi.
Sementara itu, juara bertahan, ABC Club turut berjaya menghidupkan harapan untuk mempertahankan kejuaraan liga apabila mengalahkan Bidang FC 4-0.
Persaingan antara kedudukan ketiga dan keempat juga amat sengit dengan menyaksikan pasukan Highlander berada di kedudukan ketiga dengan enam mata dan diekori rapat pasukan Pusaka yang kini mempunyai lima mata.
Pasukan LBA pula berada di kedudukan kelima dengan 1 mata manakala Bidang FC kekal di tangga terbawah liga kerana masih belum dapat mengutip sebarang mata untuk Limbang Super League pada musim ini.
Perlawanan minggu terakhir bakal menyaksikan pertembungan dua kuasa besar bolasepak Limbang bagi menentukan kejuaraan liga, yakni Tiger FC menentang ABC Club yang dijadualkan akan berlangsung pada 16 April 2017.
Pasukan Highlander pula akan bertemu Pusaka untuk penentuan tempat ketiga dan keempat liga pada 19 April 2017, manakala pasukan LBA dan Bidang FC dijagka akan bertarung habis-haisan bagi membaiki kedudukan mereka di dalam liga apabila pada 20 April 2017.
Limbang Super League adalah liga bertaraf amateur yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Limbang (LFA).