Pasukan Limbang FA kini semakin menghampiri peringkat melayakkan diri ke pertandingan peringkat kebangsaan Liga Bolasepak Rakyat (LBR) musim 2016/17 selepas diberi kemenangan percuma Sabtu lalu.
Lawan Limbang, Kapit FA, gagal menurunkan pemain secukupnya untuk perlawanan tersebut, sekaligus menyaksikan pasukan ari utara Sarawak itu mendapat kemenangan mudah secara ‘walk-over’ dengan jaringan 3-0.
Limbang dalam pada itu optimis bahawa mereka akan merekod keputusan positif apabila menentang pasukan baharu LBR, Serian FA Sabtu ini.
Pengurus Pasukan Limbang Abdul Ajis Kon Mohd Ghazali dalam pada itu berkata pasukan beliau kini mengahadapi kekurangan pemain kerana kebanyakan pemainnya telah mengikuti sesi pemilihan Piala Belia dan Presiden.