Pasukan Tiger FC hari ini mengesahkan kedudukan ke pusingan separuh akhir Piala FA Limbang hari ini apabila menumpaskan pasukan PUSAKA dengan jaringan 3-0.
Mengiringi Tiger FC ke pusingan separuh akhir ialah pasukan Highlander dan Ransing.
Satu lagi pasukan akan merebut slot terakhir separuh akhir Piala FA iaitu ABC Club atau LBA yang dijadualkan akan berlangsung pada 4 Mei 2017 di Padang Majlis Daerah Limbang.
Pusingan separuh akhir Piala FA Limbang pula dijadualkan akan berlangsung pada 6 Mei 2017 yang melibatkan pasukan-pasukan Tiger FC menentang Highlander dan Ransing menentang ABC Club atau LBA.