Liga Super: Dua minit cukup untuk Kedah hukum Sarawak

Pada minit ke-70, Sarawak seperti akan pulang dengan tiga mata berharga, namun segalanya berubah di dalam dua minit apabila Kedah berjaya menyamakan kedudukan, dan menewaskan Sarawak di Stadium Darulaman.

Sarawak membuka tirai jaringan melalui pemain import Mark Hartman yang mudah menewaskan penjaga gol Kedah Mohd Farhan melalui sepakan percuma.

Kedah bangkit untuk menyamakan kedudukan, dan pada pada minit ke-21, hantaran silang oleh Badrol Bakhtiar tertampan pemain Sarawak, sekaligus gagal diselamatkan Shahril Saari.

Kegembiraan Kedah walaupun tidak bertahan lama apabila pemain kebangsaan Malaysia, Nur Shamie merembat masuk gol kedua Sarawak pada minit ke-26 selepas berlaku kekeliruan di hadapan gawang gol Kedah.

 

Pada babak kedua, anak buah Tan Cheng Ho mula menunjukkan taring sebenar dengan melakukan asakan bertali arus ke kubu pasukan Sarawak.

Penyerang sensasi dari Denmark, Ken Ilso hampir menyamakan kedudukan beberapa kali untuk pasukan tuan rumah, namun Shahril gagah mengawal gawang Sarawak dengan jayanya.

Sungguhpun demikian, pada minit ke-71, Kedah akhirnya berjaya menembusi pertahanan Sarawak dengan Sandro da Silva mudah merembat masuk hantaran Liridon.

Belum sempat menerima hakikat kedudukan telah terikat, Kedah menyumbat satu lagi gol ada minit ke-72, kali ini dengan Shazwan Zainon menyudahkan hantaran Sandro.

Dengan perlawanan berbaki kurang 20 minit, pasukan Sarawak memasukan Awang kamarudin untuk Shreen Tambi, namun ianya gagal menyekat kemaraan pasukan Kedah yang semakin garang membuat serangan.

Sungguhpun demikian, barisan pertahanan Sarawak yang diketuai Ronny Harun berjaya mengekang serangan bertali-arus tersebut, dengan kemenangan sah milik Kedah pada masa penuh.

FT Kedah 3-2 Sarawak.

Dapatkan Jersi Rasmi SarawakCrocs 2017 sekarang melalui pre-order sahaja pada harga RM70 sekarang!

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top