Pasukan Liga Super Sarawak terikat dengan pasukan Perak 3-3 di Stadium Negeri hari ini.
Gol pembukaan Sarawak dijaringkan penyerang import Mateo Roskam pada minit ke-lapan perlawanan.
Perak menyamakan kedudukan pada minit ke 16 melalui Faton Toksi, sebelum Hafis Kamal meletakkan pasukan pelawat dihadapan pada minit ke-19.
Sarawak FA yang enggan mengalah akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-21, meletakkan kedua-dua pasukan kini terikat 2-2 sehingga berakhirnya babak pertama perlawanan.
Pada babak kedua, Sarawak enggan membuang masa melakukan serangan dan Abdul Rahim kembali meletakkan pasuka tuan rumah melalui jaringan cantik pada minit ke – 48 perlawanan.
Perak FA yang enggan pulang kosong walaubagaimanapun sekali lagi menyamakan kedudukan melalui Abdul Hadi Yahya pada minit ke – 72.
Kedua-dua pasukan kemudiannya saling berbalas serangan namun terus buntu mendapatkan jaringan sehingga tamat masa penuh memberikan kedua-dua pasukan sati masa berharga.