Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa Liga Super bagi musim 2016 akan kekal dengan format 12 pasukan sahaja.
Pengesahan itu dibuat oleh Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Adalah difahamkan Tengku Abdullah turut membayangkan format dua belas pasukan akan dikekalkan untuk beberapa musim lagi.
Sebelum ini, telah ada ura-ura bahawa Liga Super akan dikembangkan kepada 14 pasukan, dengan Brunei kembali mewarnai liga bolasepak Malaysia.