Liga Kapit diberi nama baharu

7 JULAI – Liga Kapit kini dikenali sebagai ‘Piala Tan Sri James Liga Kapit’ selepas pihak penaja utama LSC dan Persatuan Bolasepak Bahagian Kapit (Kapit FA) bersetuju dengan nama baharu tersebut petang kelmarin. 

Menurut kenyataan yang dipanjangkan kepada SarawakCrocs, perubahan nama tersebut adalah di atas permintaan LSC sendiri. 

Bagi mengelakkan pertindihan dan kekeliruan terhadap nama pertandingan Piala Tan Sri James (Piala FA), pihak Kapit FA akan merujuk pendapat Timbalan Ketua Menteri Sarawak,  Tan Sri James Masing untuk nama baharu. 

Piala FA akan berlangsung selepas berakhirnya Liga Kapit, dengan kesemua lapan pasukan yang bertanding di peringkat liga melayakkan diri ke pertandingan tersebut. 

Adalah difahamkan bahawa jika Liga Kapit dikembangkan ke sepuluh pasukan bertanding, makan lapan pasukan terbaik, empat dari setiap kumpulan, akan layak secara automatik ke Piala FA. 

Menurut Kapit FA, penyertaan Piala FA bagi lapan pasukan tersebut adalah secara percuma kerana yuran pertandingan sudah dibayar ketika mereka mendaftarkan diri untuk liga.  – sarawakcrocs.com 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top