KUCHING – Liga Bolasepak Kuching (Liga-K) dijadualkan bermula pada 22 Julai ini dengan hanya lapan pasukan bertanding.
Demikianlah didedahkan Kamaluddin Haji Akil, Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Bahagian Kuching (PBBK) di akhbar New Sarawak Tribune.
Menurut Kamaluddin, penyertaan ke liga tersebut adalah berdasarkan jemputan sahaja, dan pihaknya akan mencari pengganti sekiranya pasukan yang dijemput menolak.
Kamaluddin turut mendedahkan bahawa Liga-K akan turut menyaksikan penyertaan beberapa pasukan baharu jika pasukan yang dijemput menolak jemputan PBBK, dan pertandingan Liga-K akan dilangsungkan di Padang C, Petra Jaya. – SarawakCrocs