Liga Kuching akan berlangsung selepas Hari Raya dengan Persatuan Bolasepak Bahagian Kuching (KDFA) berharap dapat menerima sekurang-kurangnya 12 pasukan kali ini.
Menurut Presiden KDFA Rakawi Ibrahim di dalam kenyataan di akhbar Borneo Post, beliau berharap sekurang-kurangnya lapan pasukan akan menyertai Liga Kuching tahun ini.
Beliau turut menjelaskan bahawa Liga Kuching akan dijalankan serentak dengan lig-liga bolasepak bahagian lain di Sarawak kali ini kerana Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah mengarahkan ianya dibuat sedemikian tahun ini.
Dalam pada itu, Rakawi turut dipetik akhbar tersebut dengan menyatakan bahawa dua padang di Kompleks Stadium di Petra Jaya akan berkemungkinan besar menjadi medan bagi saingan Liga Kuching pada tahun ini. – sarawakcrocs.com