Leicester cipta sejarah juarai Liga Perdana Inggeris, Vardy pemain terbaik EPL

Leicester City hari ini muncul sebagai juara baru Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pasukan pencabar terdekatnya di dalam liga, Tottenham Hotspurs sekadar mampu seri dengan Chelsea 2-2 di Stamford Bridge.

Keputusan seri di Stamford Bridge itu bermakna Spurs tidak mampu lagi menyaingi Leicester untuk kejuaraan tahta liga, sekaligus menyaksikan Leicester menjuarai liga dengan dua perlawanan masih dalam tangan.

Kejuaraan EPL Leicester merupakan sejarah baru kepada bolasepak dunia bukan sahaja kerana mereka belum pernah menjuarai EPL, namun disebabkan hakikat bahawa Leicester bukanlah pasukan pilihan pada awal musim.  Hakikat bahawa Leicester berbelanja jauh lebih sedikit berbanding pasukan-pasukan gergasi EPL membuatkan kejuaraan Leicester semakin menarik.

Kejuaraan ini bertambah manis lagi apabila penyerang Leicester sebelum ini telah diumumkan sebagai pemain terbaik EPL oleh penulis sukan.

Adalah dilaporkan bahawa pemain-pemain Leicester telah menyambut kejuaraan mereka di rumah Vardy selepas Spurs hanya mampu seri.

Sesungguhnya, kejuaraan Leicester memberi satu impak kepada dunia bolasepak kerana mereka telah secara tidak langsung menunjukkan bahawa ‘bola itu bulat’, dan wang tidak semestinya membawa kejayaan.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top