Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengumumkan bahawa pecahan peratusan pengagihan hasil perolehan Liga Malaysia (Liga-M) mulai musim 2016 akan diubah.
Mengikut keputusan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali keenam bagi sesi 2014-2018, pasukan-pasukan yang bertanding di Liga Malaysia akan diberikan sekurang-kurangnya 40 peratus daripada hasil perolehan liga.
Peningkatan sebanyak 10 peratus daripada jumlah asal yang dicadangkan yakni 30 peratus, akan sudah pasti mambantu pasukan di Liga Malaysia untuk merancang musim 2016 dengan lebih hebat lagi.
Sebelum ini, mantan Presiden Persatuan Bolasepak Johor, Tengku Mahkota Johor telah hangat mencadangkan di media tempatan agar pihak FAM memberikan dana lebih besar daripada hak siaran bolasepak kepada pasukan di bawah naungannya (FAM).