LBRK : Serian FA meret Final! 

Pasukan Serian FA mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mara ke pusingan akhir Liga Bolasepak Rakyat 2016/2017 petang tadi. 

Perlawanan yang berlangsung dalam cuaca yang panas itu ternyata menguji ketahanan kedua-dua pasukan. Namun, pasukan Bachok berjaya menjaringkan gol awal pada separuh masa pertama perlawanan. Separuh masa pertama berakhir dengan jaringan 1-0. 

Pada separuh masa kedua, pasukan Serian dilihat menggandakan asakan. Hasilnya, Mahadi Razak berjaya menjaringkan gol penyamaan menjadikan kedudukan 1-1. 

Asakan bertalu pasukan Serian terhadap barisan pertahanan Bachok membuahkan hasil apabila mereka melepaskan gol sendiri pada menjadikan keputusan 2-1. 

Pasukan Serian mara ke pusingan akhir dengan agregat 4-2 dan merupakan pasukan kedua dari Sarawak yang bersaing di pentas Liga Bolasepak Rakyat dua tahun berturut-turut selepas pasukan Kuching pada musim lalu. 

Pasukan Serian kini bakal bertemu pasukan Gua Musang di pentas akhir setelah Gua Musang menewaskan Keningau dengan agregat 4-2. 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top