Satu-satunya pasukan bolasepak wakil dari Sabah di dalam Liga Bolasepak Rakyat Kebangsaan (LBRK), Keningau FA berjaya menyamai kehebatan pasukan Serian FA apabila seri 1-1 dalam saingan terakhir peringkat kumpulan malam kelmarin.
Pasukan Serian FA yang berada dalam mentaliti yang positif untuk melayakkan diri ke pusingan lapan terbaik nyata mahu menggunakan peluang untuk mengutip tiga mata penuh dengan melancarkan serangan bertali arus.
Namun, setelah 90 minit masa perlawanan berakhir, kemaraan Serian FA berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat dengan satu gol masing-masing.
Biarpun seri. Serian FA dijangka bakal menjadi wakil zon Borneo untuk ke peringkat seterusnya selepas menunjukkan prestasi baikdi dalam LBRK setakat ini.