LBR Zon Borneo II: Anak muda Kapit letak pasukan di dalam kedudukan selesa

Kapit FA (Borneo Leopards) terus cemerlang dengan meletakan diri sebelah kaki untuk bermain diperingkat playoff zon Borneo Liga Bolasepak Rakyat (LBR) selepas memungut mata penuh di dalam perlawana terbaru Kumpulan 2.

Kali ini, pasukan Betong FA pula menjadi mangsa apabila tumpas di kandang Borneo Leopards 2-1 di dalam perlawanan LBR hujung minggu ini tadi.

Di dalam perlawanan sengit tersebut, Borneo Leopards mendahului pada minit ke-36 hasil sepakan penalti Awgku Izwan ke kanan pintu gol Betong, setelah Hilson Hingan dikasari dalam kotak penalti.

Keputusan kekal sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, Betong FA menyamakan kedudukan menerusi Stanley Mantuk pada minit ke-84 setelah menerima hantaran lintang dari sebelah kanan, sebelum beliau mudah menanduk masuk bola tersebut yang menewaskan Mohd Suffian.

Dengan perlawanan menghampiri masa penuh, Hilson muncul wira Borneo Leopards apabila beliau tidak mensiakan hantaran hasil sepakan percuma Awgku Izwan pada minit akhir perlawanan, dengan meledakkan satu gol yang gagal diselamatkan penjaga gol Betong, sekaligus memberikan pasukan tuan rumah tiga mata berharga.

Kemenangan itu melonjakkan Borneo Leopard di kedudukan teratas Kumpulan 2 LBR Zon Borneo II dengan baki satu perlawanan untuk menentukan juara Kumpulan 2 & 3 LBR Zon Borneo.

Presiden Kapit FA ketika dihubungi menyatakan beliau amat bangga dengan kejayaan pasukan Borneo Leopards setakat ini sambil mengucapkan tahniah di atas kemenangan terkini pasukan dibawah seliaanya. Beliau dapam pada itu turut menambah bahawa kejayaan tersebut adalah bukti Sarawak tidak ketandusan bakat muda kerana rata-rata pemain Borneo Leopards berusia 18 tahun ke bawah, yang juga merupakan pemain yang akan mengalas tugas untuk bermain dalam Piala Sarawak Belia U19 di Bintulu pada 13-17 Disember nanti.

Lain-lain keputusan LBR Zon Borneo II adalah seperti di bawah:
Kuching 1-2 Serian
Samarahan 0-1 Sri Aman
Sibu 1-4 Sarikei
Mukah 1-0 Limbang
Bintulu 1-2 Miri

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top