Lapan pemain senior DYS FC enggan tandatangani kontrak

Kelab DYS FC yang akan buat kali pertama menyertai Liga FAM musim ini berdepan masalah apabila lapan daripada pemain yang sudah dipilih mewakili kelab tersebut enggan menandatangani kontrak yang ditawarkan DYS FC.

Untuk musim ini, DYS FC telah menyenaraikan 25 orang pemain di dalam pasukan mereka, namun hanya 17 daripada jumlah tersebut bersetuju dan mahu menandatangani kontrak yang ditawarkan ole DYS FC sewaktu Majlis Menandatangani Kontrak yang diadakan baru-baru ini.

Presiden DYS FC Faisal Yee dalam pada itu berkata pihaknya akan berunding dengan lapan pemain tersebut bagi mencapai persetujuan dan berharap sebarang isu yang mungkin timbul akan diselesaikan sebelum jendela perpindahan pemain tertutup.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top