Sarawak mempunyai laluan yang sukar di dalam Pertandingan Piala Malaysia selepas mereka diundi bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Perak FA dan ATM FA.
Sungguhpun Sarawak dilihat mampu mengatasi Perak dan ATM, namun rekod pertemuan Sarawak bersama kedua-dua pasukan ini tidak baik pada musim ini dengan Sarawak tewas gagal mengutip mata penuh ketika menentang ketiga-tiga pasukan yang berkongsi Kumpulan B di dalam Piala Malaysia kali ini.
Di atas kertas, JDT adalah pasukan pilihan, dengan Perak dilihat sebagai pencabar utama untuk tempat ke pusingan seterusnya di Piala Malaysia musim ini dari Kumpulan B.
Sarawak yang hampir ‘tergelincir’ ke Liga Perdana musim hadapan tidak diletakkan sebagai pilihan, namun mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan ATM FA yang sudahpun mengesahkan tempat ke Liga Perdana.
Walaubagaimanapun, kedudukan pasukan di Liga Super bukanlah satu indikasi berkenaan pencapaian sesebuah pasukan di Piala Malaysia kerana Piala Malaysia menyajikan sesuatu yang lebih dramatik berbanding konsistensi sesebuah pasukan.
INFORMASI TAMBAHAN:
Mari bersama-sama meraikan bakat-bakat orang Sarawak (Kuching) di media sosial dengan hadir ke HashtagLive Kuching #LiveKCH pada Sabtu, 12 Sept 2015 di CityOne Megamall. Pelbagai acara menarik akan diadakan, termasuk hadiah cabutan bertuah. Jom gi sia!!