Kuching FA ‘teropong’ Forkey Doe

Akhbar Suara Sarawak hari ini memberi gambaran bahawa Kuching FA sedang mengintai peluang untuk mengambil penyerang import berkaliber Francis Forkey Doe sebagai pemain import bagi musim depan.

Forkey Doe merupakan nama yang tidak asing lagi di dalam Liga Malaysia dan dianggap antara pemain import paling berbisa pernah bermain di liga bola sepak profesional negara ini.

Pemain kelahiran Liberia itu kini berusia 33 tahun, namun beliau masih berupaya menjaringkan lima gol di dalam lima perlawanan beliau bersama pasukan Pahang FA musim lepas (2018).

Selepas itu, Forkey Doe terpaksa diketepikan selepas itu ekoran kecederaan jangka panjang, namun beliau telah dikhabarkan akan kembali ke Pahang FA pada pertengahan musim lalu.

Beliau walaubagaimanapun tidak jadi menyertai pasukan tersebut dan telah ‘hilang dari radar’ sehingga kini.

Menariknya, Forkey Doe telah menunjukkan beliau telah kembali ‘fit’ pada laman sosial beliau dan telah kembali menjalani latihan bagi bermain bola sepak.

Forkey Doe sebelum ini telah banyak mencipta nama bersama pasukan bola sepak dari Malaysia apabila berjaya memenangi Kasut Emas Liga Super pada 2012 apabila bermain untuk Terengganu FA.

Selain Pahang FA, beliau kemudiannya berkelana ke pasukan Kelantan FA, Selangor FA, Negeri Sembilan FA dan Felda United.

Jika benar pasukan Kuching FA kini berminat untuk mengambil Forkey Doe, ianya adalah antara ‘signing’ penting dan utama bagi pasukan tersebut walaupun penyerang tersebut kini berusia 33 tahun.

Pada hemah kami, Forkey Doe masih boleh membantu pasukan seperti Kuching FA untuk mencabar di dalam Liga Malaysia, dan jika beliau mungkin boleh kembali menyinar bersama pasukan Kuching FA kelak.

Pasukan Kuching FA kini sedang giat mempersiapkan pasukan untuk Liga Premier dengan pasukan yang dibimbing Ideris Untong itu berhasrat mengambil tiga pemain import bagi musim hadapan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top