Pasukan Kuching FA telah menawarkan kontrak kepada tiga pemain berasal dari Sarawak untuk persiapan musim 2020.
Tiga pemain tersebut adalah Paul Sambang, Affy Shahrul Affendi dan Andy Nicholas anak Nipen.
Paul pernah bermain untuk pasukan SEG FC, Miri FA, dan kini Klasika FC manakala Affy pula bermain untuk juara Liga Kuching 2019, Yayasan Sarawak.
Andy merupakan bekas pemain pasukan Sarawak FA.
Penawaran kontrak kepada ketiga-tiga pemain tersebut telah dibuat oleh Presiden Persatuan Bolasepak Bahagian Kuching, Fazzruddin Abdul Rahman, yang mana telah bertemu ketiga-tiga mereka bagi menyatakan hasrat ingin mengambil mereka bagi memperkuatkan pasukan Kuching FA musim hadapan.
Kuching FA akan bermain buat kali pertama di liga bola sepak profeisonal musim hadapan apabila berjaya melayakkan diri ke Liga Premier 2020 Malaysia selepas menundukkan pasukan Sarawak FA bulan lalu.
Pasukan yang bermula dari Liga Bolesepak Rakyat ini dilihat sebagai wakil tunggal dari Sarawak oleh ramai peminat biarpun pasukan Selangor United bakal dijenama semula kepada Sarawak United kelak.