Kuching FA pasukan ‘pandai’

Kelab bolasepak Kuching FA kami lihat sebagai pasukan yang amat bijak di dalam perancangan mereka dalam pembentukan dan pengurusan bola sepak mereka.

Bukan sahaja mereka berjaya menaikkan status pasukan mereka di dalam jangkamasa singkat, tetapi pengambilan pemain dua import Jepun yang ditaja oleh Yakult merupaka satu langkah yang amat bijak.

Walaupun kami tidak jelas berkenaan jumlah tajaan yang diberikan kepada Kuching FA, dan kami tidak tahu jumlah perbelanjaan pasukan tersebut, tetapi kejayaan berjaya menambat dua pemain import yang dianggap berkualiti secara percuma sememangnya adalah satu langkah yang luar biasa lagi bijak.

Kuching FA yang aktif mengemaskini perkembangan pasukan mereka di media sosial, kini sedang mencari dua lagi pemain import dengan Fredy Lobe Mbang dan Leonardo Passo Alves, yang khabarnya hampir pasti diambil.

Pengemaskinian maklumat berkenaan pasukan mereka juga merupakan satu langkah bijak kerana ianya secara tidak langsung membolehkan maklumat betul dan sahih dikhabarkan, sekaligus menutup peluang untuk penularan spekulasi negatif atau tidak tepat.

Sememangnya Kuching FA kini dilihat sebagai pasukan yang hebat oleh peminat bola sepak, dan pertambahan dari segi kebijaksanaan mereka menguruskan media dan juga pemain membuatkan pasukan ini satu pasukan yang perlu diberi perhatian.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top