Kuching FA mahu terus menang dan mengusai liga

Pasukan Liga M3 Kuching FA mahu meneruskan rentak kemenangan malam ini dan bersedia untuk menurunkan barisan terkuat apabila menentang pasukan Johor Bharu FC (JBFA).

Walaubagaimanapun, Kuching akan juga menurunkan beberapa pemain simpanan bagi memberi peluang kepada mereka untuk beraksi.

Menurut laporan Utusan Borneo, pasukan bimbingannya tidak mahu memandang keupayaan JBFA yang disifatkan bukan lawan mudah.

Dalam perkembangan sama, Ideris juga mengesahkan ayam tambatan pasukannya, Joseph Kalang bakal diturunkan malam ini.

Ideris juga mengesahkan pemain pertahanan Hairol Mokhtar juga akan diturunkan selepas selesai menjalankan penggantungan satu perlawanan.

Ideris dipetik oleh akhbar Utusan Borneo sebagai berkata “Kita akan melakukan sedikit rombakan di posisi serangan dan tengah dengan memberi peluang kepada beberapa pemain simpanan untuk berakshi malam esok (malam ini).

“Kita tidak ambil mudah pihak lawan dan akan memasang barisan terbaik untuk menentang mereka.

“Sasaran kita sudah pasti untuk memburu kemenangan ke-10 bagi memastikan Kuching FA terus kekal menguasai carta liga.”

Kuching setakat ini belum tewas di dalam Liga M3 dan dilihat mempunyai peluang cerah untuk melayakkan diri ke perlawanan play-off Liga Premier kelak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top