Pasukan Kuching FA memulakan aksi Liga Premier mereka dengan kekalahan 2-1 kepada UKM FC sebentar tadi.
Bantuan lebih 3,500 peminat bola sepak Kuching di Stadium Sarawak nyata tidak dapat membantu Kuching untuk mengatasi lawan mereka yang lebih berpengalaman apabila Lee Seong Woo menjaringkan gol pertama perlawanan menerusi sepakan penalti pada minit ke-15.
Kuching berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-42 kemudian melalui Rafiezan Razali.
Keputusan sekata kekal sehingga tamat babak pertama.
Pada babak kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.
UKM sekali lagi meletakkan diri di hadapan pada minit ke-79 apabila Faiz Hanif berjaya menjaringkan gol ketiga perlawanan.
Meskipun Kuching cuba melancarkan serangan bertali arus ke gawang UKM FC, keputusan 2-1 memihak UKM terus bertahan sehingga wisel penamat.
Keputusan Penuh Perlawanan Liga Premier 2020: Kuching FA (1) vs UKM FC (2)
Kuching FA 1
(Mnt.56 No.17)
UKM FC 2
(Mnt.42 No.15(P))
(Mnt.79 No.20)