Home Malaysian football Kuching FA juara sulung Liga Bolasepak Rakyat Kebangsaan!

Kuching FA juara sulung Liga Bolasepak Rakyat Kebangsaan!

Pasukan bolasepak Persatuan Bolasepak Kuching melakar sejarah hari ini selepas muncul juara sulung Liga Bolasepak Rakyat Kebangsaan.

Kemenangan Kuching muncul di kala pasukan tersebut terpaksa bermain tanpa jurulatih dan pembantu jurulatih mereka yang telah pergi menunaikan Umrah sebelum perlawanan akhir tersebut.

Kuching tidak perlu menunggu lama untuk merobek gawang Padang Besar.  Izzudin muncul wira pertama Kuching apabila rembatannya melencong masuk ke gawang Padang Besar pada minit pertama perlawanan, sekaligus memberikan Kuching gol pendahuluan pada minit pertama perlawanan.

Tersentak dengan gol awal Kuching, Padang Besar yang rata-rata dibarisi pelajar UTeMS, cuba bangkit dengan serangan kilat ke kubu Kuching. Pertahanan Kuching yang dibarisi bekas pemain Sarawak, Fareez Tukijo, walaubagaimanapun kental bertahan bagi mengekal serangan Padang Besar.

Pada minit ke-6, penyerang sensasi Kuching, Sufizal menjaringkan gol cantik dengan merembat masuk bola 50-50 terus ke gawang Padang Besar. Gol Sufizal hadir sungguhpun beliau terpaksa menyaingi dua pemain pertahanan Padang Besar, namun rembatan kencang beliau hanya mampu disaksikan penjaga gol Padang Besar yang kaku tergamam.

Padang Besar yang mula hilang arah walaubagaimanapun berjaya bangkit merapatkan jurang gol sebelum babak pertama berakhir dan inu sekaligus menyaksikan perlawanan berehat dengan Kuching, satu gol mendahului.

Pada babak kedua, kedua-dua pasukan bekerja keras untuk mencari gol sekaligus menyaksikan perlawanan rancak dengan serangan-serangan berbahaya.

Sungguhoun demikian Shahfitri memastikan kejuaraan sulung Liga Bolasepak Rakyat Kebangsaan milik pasukan dari Sarawak dengan menjaringkan gol cantik pada minit – minit terakhir perlawanan.

Dengan kejuaraan tersebut, Kuching dihadiahkan RM100,000 dengan diberi slot automatik untuk bersaing di Liga FAM pada musim hadapan.  Pasukan Padang Besar pula mendapat RM75,000 sebagai naib johan pertandingan.

RECOMENDED LINKS:


1 COMMENT

Comments are closed.