Pasukan Kuching FA telah dijenama semula sebagai Kelab Bola Sepak Kuching City (Kuching City FC).
Penjenamaan semula itu dilakukan selaras dengan hasrat kelab tersebut mendapat lesen kelab bola sepak bagi membolehkan pasukan tersebut bermain di Liga Malaysia pada musim hadapan.
Tanpa mendedahkan banyak info, Kuching City memberi gambaran imej logo baharu mereka di laman sosial mereka hari ini.
Logo serba hijau itu kelihatan seperti perisai berbentuk muka kuching, dan menggunakan sepenuhnya warna putih dan hijau, dengan sedikit warna merah.
Ini sekaligus memberi bayangan bahawa Kuching City akan mengekalkan warna tradisi pasukan tersebut yang dahulunya dikenali sebagai Kuching FA.
Ini adalah satu langkah baik kerana pasukan tersebut mengakui dan mengiktiraf kehadiran warna tradisi dan kepentingannya kepada sejarah pasukan tersebut, sekaligus menyamakannya dengan pasukan – pasukan elit dunia seperti Liverpool, Manchester United, JDT FC dan Barcelona.
Kuching City telah sebelum ini amat konsisten dengan warna utama dan warna kit kedua mereka yang selaras dengan logo yang mereka wakilkan, dan ini merupakan satu taktik penjenamaan yang sangat baik pada pandangan kami.
Dalam pada itu, laman sosial Kuching City juga menyebut bahawa pendedahan logo baharu pasukan tersebut akan dibuat esok, 25 Ogos 2020, namun masa dan waktu ianya akan dibuat tidak diketahui buat oleh kami buat masa ini.
Logo Kuching City hadir selepas pasukan tersebut membuat pertandingan mencipta logo pasukan pada bulan lepas.
Pendedahan logo dan nama pasukan tersebut menggambarkan bahawa pasukan tersebut telah selesai proses penswastaan pasukan, sekaligus menjadikan mereka layak untuk bertanding pada Liga Malaysia pada musim hadapan.