Pasukan Liga FAM Kuching FA enggan memandang enteng pasukan Sime Darby FC yang akan bertarung dengan mereka Ahad ini.
Ketua Jurulatih Kuching FA Sharizan Sahari memberitahu SarawakCrocs bahawa Sime Darby adalah sebuah pasukan yang berkualiti dan tidak harus dipandang ringan, terutama sekali dengan hakikat bahawa pasukan tersebut bukan sahaja pernah bermain di Liga Super, tetapi juga mempunyai barisan pemain yang berkualiti dan berpengalaman.
Dalam perkembangan sama, Sharizan telah melakukan yang terbaik untuk memastikan pasukan bimbingannya mengekalkan rentak kemenangan yang diperolehi pada minggu lalu, sekaligus memastikan Kuching FA kekal di keduduakn tiga teratas Liga FAM.
Menurut Sharizan, isu taktikal serta kecergasan pemain yang dikenalpasti sebagai masalah minggu lepas, sudah diperbaiki, dan beliau berharap pasukan Kuching FA kembali ke Kuching dengan mata penuh dari Selangor. Beliau juga mengesahkan semua pemain utama beliau bebes dari kecederaan serius dan boleh diturunkan.
Kuching FA akan bertemu Sime Darby FC petang ini di Padang Bukit Jelutong, Shah Alam, pada jam 4:45PM.