Kuching FA dapat lampu hijau Liga-M

Kuching FA telah mendapat lampu hijau untuk bertanding di Liga Malaysia selepas pasukan tersebut lulus semakan penyertaan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). 

Kami difahamkan bahawa Kuching akan membentuk 12 pasukan di Liga FAM 2016, termasuk Sime Darby FC yang turun dari Liga Premier dan dua pasukan baharu yang lain yakni DBKL FC, Terengganu City FC.

Kuching yang merupakan juara sulung Liga Bolasepak Rakyat Kebangsaan (LBR) dipelawa oleh FAM untuk menyertai Liga FAM selepas berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan LBR. 

Pada awalnya, terdapat kesangsian pasukan Kuching mampu menyertai liga tersebut akibat kekangan kewangan, namun dengan beberapa penaja hadir membantu mengatasi masalah tersebut, Kuching kini sah bakal menjadi pasukan kedua dari Sarawak yang bersaing di Liga Malaysia. 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top