Pasukan Liga Premier Kuching City nyaris mengejutkan pasukan Liga Super Perak kelmarin dalam saingan Piala Malaysia.
Pasukan yang menghuni tangga kelima Liga Premier itu bermula garang apabila meletakkan diri mereka di hadapan seawal minit ke-10 melalui Hudson Dias yang tidak mempersiakan bola bebas di dalam kawasan penalti untuk menjaringkan gol.
Adib Abdul Ra’op menyamakan kedudukan empat minit selepas bermulanya babak kedua melalui sepakan penalti, namun Kuching City terus bangkit dengan satu lagi gol melalui Alif Hassan yang menyepak masuk cantik sepakan percuma pada minit ke-67.
Kegembiraan Kuching City tidak bertahan lama apabila Aizat Safuan Razali memastikan kedua-dua pasukan memungut mata pertama kempen ini dengan gol penyamaan selang dua minit kemudian untuk menyaksikan kedua – dua pasukan memungut satu mata.
// DAPATKAN KEY CHAIN KHAS KUCHING CITY
Dalam mengulas perlawanan tersebut, ketua jurlatoh Perak, Mohd Shahril Nizam Khalil berkata beliau kecewa hanya dapat seri menentang Kuching City.
Sungguhpun demikian, beliau merasakan keputusan tersebut adalah adil untuk kedua dua pasukan.
Shahril turut menyatakan bahawa kebanyakan pemain Perak adalah pemain muda yang dinaikkan daripada pasukan simpanannya, Perak II, selepas majoriti pemain bertindak meninggalkan kelab tersebut.
“Agak kecewa kita dapat satu mata, namun sekurang – kurangnya kita dapat satu mata. Satu mata itu adalah sangat berharga bagi saya.”kata ketua jurulatih Perak, Mohd Shahril Nizam Khalil apabila mengulas berkenaan keputusan perlawanan tersebut.
“Pemain menunjukkan karekter yang baik. Walaupun kita ketinggalan pada babak pertama tetapi pemain terus berjuang dan saya rasakan keputusan seri adalah adil.
“Ketiadaan Agüero agak menggangu tempo kami di mana pemain Perak kebanyakan pemain muda dan ramai pemain kami kini dari pasukan Perak II kerana 80 peratus pemain utama kami telah meninggalkan pasukan.” ulas Shahril lagi.
Peputusan seri itu bermakna kedua- dua pasukan kin idi kedudukan ketiga dan keempat Kumpulan B Piala Malaysia dengan pasukan Kuching City bakal bertemu Selangor dalam perlawanan seterusnya.