Kontrak Raja sah berakhir tahun ini

Kontrak ketua jurulatih pasukan Harimau Malaya, Datuk K. Rajagopal sah tidak akan diperbahrui apabila mesyuarat exco FAM sebulat suara bersetuju untuk mencari jurulatih baru bagi tahun 2014.

Mesyuarat dalam pada itu turut bersetuju bahawa jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee akan mengambil alih jawatan sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya sewaktu ketiadaan K. Rajagopal, yang mana beliau akan juga bertugas selaku ketua jurulatih semasa perlawanan Piala Asia diantara Malaysia menentang Yamen.

Nasib K. Rajagopal seolah-olah sudah tertulis apabila beliau gagal memperolehi keputusan yang diingini apabila Malaysia bertemu Bahrain dalam perlawanan kelayakan Piala Asia baru-baru ini.

Dikhabarkan bahawa FAM lebih berminat mendapatkan khidmat jurulatih luar negara bagi menggantikan Rajagopal, sungguhpun ramai peminat bolasepak negara merasakan Ong Kim Swee harus di beri peluang menunjukkan kemahiran beliau sebagai jurulatih Harimau Malaya.

Turut dalam senarai pendek FAM adalah jurulatih Sarawak FA, Robert Alberts.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top